Friday, February 18, 2011

TEAM WORK


Kenangan Semusim Bersama Seabad Terasa 2010

LOKASI

Pengilang:
CHE MAH AND SONS SDN. BHD.(278832-A)
Lot 2959,Kg. Simpang Empat
Chetok, 17000 Pasir Mas
Kelantan Darul Naim.
Tel: 09-7943696

Pengedar:
MINYAK MESTIKA MARKETING SDN. BHD.(585176-M)
No. 5 Wisma MDT
Jalan Puteri Saadong
16250 Wakaf Bharu
Kelantan Darul Naim
Tel: 09-7191332
Fax: 09-7199925

Contact person:
Pn. Zailintun Jaafar
Pengurus
012-9886872

SEJARAH MINYAK MESTIKA




Che Mah and Sons Sdn Bhd (CMSSB) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan merupakan syarikat pengeluar ubat tradisional yang unggul di Kelantan dan di Malaysia amnya lebih dari 40 tahun yang lalu dimana sebelum ini ia dikenali sebagai syarikat Minyak Mestika Enterprise. Permerbadanan syarikat ini adalah dengan matlamat utama bagi memperkembangkan operasi pengeluaran dan pemasaran ubat-ubatan tradisional berjemana "MESTIKA".

Pengeluaran ubat-ubatan keluaran syarikat CMSSB adalah berasaskan kepada ramuan turun-temurun. Ramuan ubatan tersebut telah diperturunkan daripada Almarhum Tengku Muhammad bin Tengku Chik iaitu seorang bomoh yang terkenal dikalangan kerabat diraja Kelantan kepada Allahyarhamah Hajjah Che Mah binti Che Ali iaitu isteri beliau lebih lima puluh tahun lepas. Setelah itu, ramuan tersebut telah diperturunkan kepada Haji Jaafar bin Harun iaitu anak Allahyarhamah Hajjah Che Mah.

Dimasa kini, ubatab keluaran CMSSB telah dikilangkan menggunakan kaedah moden yang menepati ciri-ciri keselamatan dan kesihatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kilang Amalan Pengilangan Baik (ABP). Syarikat CMSSB telah mendirikan kilang APB di Lot 2959, Kg. Simpang Empat, Chetok, 17000 Pasir Mas, Kelantan. Kilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Y.B. Dato' Dr. Suleiman Bin Mahamed pada 17 Jun 2000. Pejabat urusan CMSSB terletak di No. 5, Wisma MDT, Jalan Puteri Saadong, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Sehingga kini, Tuan Haji Jaafar bin Harun adalah pengarah urusan syarikat CMSSB yang bertanggungjawab keatas perbuatan, pengeluaran dan pemasaran produk Mestika.


Minyak Mestika

Digunakan secara tradisional untuk sakit otot, sakit sendi, sakit perut, terseliuh, kembung perut dan digigit serangga. Boleh didapati dalam botol 30ml (RM6.00) dan 60ml (RM10.00)sahaja.



Maajun Mestika (Lelaki)

Digunakan secara tradisional untuk melancarkan peredaran darah,melegakan sakit sendi,sakit urat serta melawaskan sembelit. Harganya hanya RM7.00 sahaja.



Maajun Mestika (Wanita)

Digunakan secara tradisional untuk melancarkan peredaran darah haid, melegakan senggugut, keputihan, melegakan sakit sendi, melawaskan sembelit dan tonik selepas bersalin. Harganya hanya RM7.00 sahaja.



Minyak Bayini Mestika

Digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan hidung tersumbat, kembung perut dan kanak-kanak kencing malam. Boleh didapti dalam botol 30ml (RM6.00) sahaja.